Record Details

Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Sebagai Alternatif Pengukuran Kemiskinan: Kajian Kes di Daerah Baling, Kedah

Jurnal Ekonomi Malaysia

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Sebagai Alternatif Pengukuran Kemiskinan: Kajian Kes di Daerah Baling, Kedah
 
Creator Che Mat, Siti Hadijah
A.Hakim, Roslan
Jumali, Siti Norliza
 
Subject


 
Description ABSTRAKPengukuran kemiskinan di Malaysia pada masa kini kebiasaannya menggunakan pendekatan satu dimensi iaitusama ada mengikut dimensi pendapatan ataupun perbelanjaan. Kaedah ini dirasakan kurang memberi petunjuk yang tepat tentang kemiskinan. Untuk itu, artikel ini mengemukakan satu alternatif baru untuk mengukur kemiskinan bagi daerah Baling di negeri Kedah dengan menggunakan indeks kemiskinan pelbagai dimensi atau lebih dikenali dengan ‘Multidimensional Poverty Index’ (MPI) yang diperkenalkan oleh Alkire dan Foster (2007). Terdapat 14 indikator dalam empat dimensi yang dikaji iaitu dimensi pendidikan, kesihatan, kesejahteraan dan kekayaan. Kajian dilakukan ke atas 198 isi rumah di daerah Baling. Keputusan kajian menunjukkan selain dimensi ternakan, sebanyak 87.37 peratus isi rumah menghadapi kekurangan dalam mendapatkan makanan yang berzat dan 70.20 peratus isi rumah kekurangan dalam dimensi pemilikan tanah. Selain daripada mengetahui dimensi apa yang menjadi masalah utama kepada sesebuah masyarakat itu, kaedah ini juga boleh dipisahkan sama ada mengikut bandar luar bandar, jantina,agama, kaum dan sebagainya. Untuk itu, disarankan bagi mencapai matlamat membasmikemiskinan dengan lebih berkesan, satu pendekatan yang bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan kemiskinanharus dilakukan agar penyelesaian masalah itu dapat dilakukan mengikut keperluan. Maka dalam kajian ini,beberapa indikator untuk mengukur dan mengklasifikasikan sesebuah keluarga itu miskin atau tidak. Keputusan pengukuran daripada pendekatan yang lebih komprehensif ini dijangkakan akan memberi gambaran yang lebih tepatKata kunci: kemiskinan; kemiskinan pelbagai dimensi; MalaysiaABSTRACTCurrently, the measurement of poverty uses one-dimensional approach that is, whether income or expenditure. By using only one variable (dimension) to classify a household is poor or not, it unable to give precise guidance on poverty. Therefore, in this article, we used Multidimensional Poverty Index (MPI). There are 14 indicators in four dimensions studied. The dimensions are education, health, living standards and wealth. This article used multidimensional poverty index as an alternative for measuring poverty in seven location in district of Baling, Kedah. The results shows, 87.37 percent of households are deprived in obtaining nutrition and about 70.20 percent of households are deprived in the dimension of land ownership. The advantage of this measurement beside knowing the dimensions deprived by a society, this method also can be separated either in rural areas, gender, religion and race. Therefore, it is recommended to achieve more effective poverty eradication, a more appropriate and in conformity with the conditions of poverty must be done so that the solution can be made as needed.Keywords: povert; multi-dimensional poverty; Malaysia
 
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Contributor
 
Date 2012-10-30
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article

 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/1347
 
Source Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 46, No 1 (2012): Jurnal Ekonomi Malaysia
0126-1962
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/1347/1207
 
Coverage