Record Details

Kebergantungan Orang Kuala ke atas Modal Insan Tradisi dan Kaitannya dengan Pendayaupayaan Ekonomi

Jurnal Ekonomi Malaysia

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Kebergantungan Orang Kuala ke atas Modal Insan Tradisi dan Kaitannya dengan Pendayaupayaan Ekonomi
 
Creator Amir Zal, Wan Ahmad
 
Subject Modal insan tradisi, pendayaupayaan ekonomi, Orang Kuala, pembangunan komuniti lestari

 
Description ABSTRAKOrang Kuala adalah suku kaum Orang Asli di Malaysia yang mempunyai modal insan khusus yang berkaitan dengan laut. Modal insan tersebut dikenali sebagai modal insan tradisi yang diperoleh secara turun-menurun dari generasiawal. Modal insan tradisi Orang Kuala berasaskan laut disebabkan penempatan mereka berada berhampiran dengan laut, malah mereka turut dikenali sebagai Orang Laut. Seiring dengan pembangunan negara, Orang Kuala turut terlibatdengan perubahan khususnya dalam aspek ekonomi. Sesuai dengan konteks Orang Kuala, penjelasan perubahan ekonomi diperhatikan dari sisi pendayaupayaan ekonomi berasaskan modal insan tradisi yang dimiliki mereka. Walau bagaimanapun, hubungan antara pendayaupayaan ekonomi dan modal insan tradisi Orang Kuala masih menjadi tanda tanya. Bagi menjelaskan persoalan tersebut, makalah ini menyenaraikan dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti modal insan tradisi yang dimiliki dan digunakan oleh Orang Kuala dan menjelaskan hubungan antara pemilikan dan penggunaan modal insan tradisi dengan pendayaupayaan ekonomi. Data telah diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kajian ke atas 267 orang responden dari kalangan Orang Kuala di Johor. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS dan melaksanakan prosedur statistik MANCOVA. Hasil kajian menunjukkan modal insan tradisi kurang dimiliki dan digunakan oleh Orang Kuala. Kajian turut menunjukkan tidak terdapat kesan pemilikan dan penggunaan modal insan tradisi ke atas pendayaupayaan ekonomi Orang Kuala. Kesimpulannya, modal insan tradisi Orang Kuala tidak mampu untuk mencapai pendayaupayaan ekonomi. Sungguhpun demikian, bukanlah bermakna modal insan tradisi tidak mempunyai nilai positif untuk mengubah ekonomi Orang Kuala, sebaliknya modal insan tradisi perlu diberikan nafas baru berasaskan pendekatan pembangunan komuniti lestari yang berasaskan pembinaan kapasiti ke atas modal insan tradisi mereka.Kata kunci: Modal insan tradisi, pendayaupayaan ekonomi, Orang Kuala, pembangunan komuniti lestariABSTRACTOrang Kuala is a tribe of Orang Asli in Malaysia in which they have a specific human capital associated with the sea. The human capital is known as the traditional human capital in which acquired hereditary from earlier generations. Orang Kuala’s traditional human capital is sea based because their settlement are close to the sea, thus they known as the Sea Peoples (Orang Laut). Beside the development of the country, Orang Kuala also involved with a change, especially in an economic aspect. In Orang Kuala context, the explanations of economic change observed on the current economic empowerment are based on their possession of traditional human capital. However, the relationship between an economic empowerment and traditional human capital of Orang Kuala isstill a question mark. To clarify this question, this paper lists the two objectives of the research, namely to identify the possession and practice the traditional human capital by Orang Kuala and to explain the relationship betweenthe possession and practice of the traditional human capital to economic empowerment. The data were obtained by distributing a questionnaire on 267 respondents amongst Orang Kuala in Johor. The data were analyzed using SPSSsoftware and used MANCOVA as statistical procedures. The results showed, tradional human capital were less possession and practice by Orang Kuala. The study also showed, there is no effect of possession and practice of the traditionalhuman capital toward economic empowerment amongst Orang Kuala. In conclusion, the traditional human capital amongst Orang Kuala are not able to achieve an economic empowerment. However, it doesn’t mean that traditionalhuman capital does not have a positive value to change Orang Kuala’s economic situation, but the traditional human capital should be rejuvenate based on a sustainable community development approach to building a capacity to theirtraditional human capital.Keywords: Traditional human capital; economic empowerment; Kuala People; sustainable community development
 
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Contributor
 
Date 2013-12-31
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/7275
 
Source Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 47, No 2 (2013): Jurnal Ekonomi Malaysia; 165-172
0126-1962
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/7275/2928