Record Details

Kesejahteraan Kewangan dalam Kalangan Guru Wanita

Jurnal Ekonomi Malaysia

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Kesejahteraan Kewangan dalam Kalangan Guru Wanita
 
Creator Ramli, Zaimah
Md. Sum, Sarmila
Ismail, Habib
 
Subject Kesejahteraan kewangan; pengukuran subjektif; guru wanita

 
Description ABSTRAKKertas adalah sebahagian hasil Projek Penyelidikan UKM-GGPM-CMNB-144-2010. Kajian ini bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan guru wanita. Secara khusus, objektif kajian ialah mengukur tahap kesejahteraan kewangan guru wanita dan mengenalpasti faktor-faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan mereka. Seramai 325 orang guru wanita dipilih dan dianalisis dalam perbincangan ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Pengukuran kesejahteraan kewangan kajian menggunakan Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Skala ini mengandungi 12 soalan dengan 10 skala pengukuran, iaitu skala 1 (skor paling rendah) dan skala 10 (skor paling tinggi). Hasil kajian mendapati kebanyakan guru wanita mempunyai tahap kesejahteraan kewangan yang sederhana dan terdapat perbezaan signifikan antara umur, jumlah simpanan dan jumlah aset dengan tahap kesejahteraan kewangan guru wanita. Selain itu, faktor umur, tempoh perkhidmatan dan pendapatan bulanan guru wanita juga mempunyai hubungan dengan tahap kesejahteraan kewangan mereka, tetapi kurang mempengaruhi. Implikasi utama kajian menyarankan agar pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan kewangan peribadi dalam kalangan guru perlu diberi keutamaan di samping tingkah laku kewangan kerana ianya mempunyai hubungan dan mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan.Kata kunci: Kesejahteraan kewangan; pengukuran subjektif; guru wanitaABSTRACTThis paper will present part of research project funding UKM-GGPM-CMNB-144-2010. This study intent to discuss the level of financial well-being among women teachers. The focus objective of this study in measuring levels of financialwell-being and also identify the socio economic factors that influence the level of financial well-being of the teachers. A total of 325 teachers was selected and analyzed in this discussion. Questionnaires are used as the instrument for thestudy. The measurement for financial well-being of the study uses Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). This scale comprises 12 questions with 10 measurement scales that is scale 1 (the lowest score) and scale 10 (the highestscore). Study results finds that most of the female teachers have a moderate level of financial well-being and there are significant differences among age, total savings and number asset with the level of financial well-being of the female teachers. Besides, age factor, duration of service and monthly income of the female teachers also have a relation with the level of their financial well-being, albeit not so influential. The primary implication of the study suggests that knowledge and skills in managing personal finances among teachers are given priority.Keywords: Financial well-being; subjective measurement; female teacher
 
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Contributor
 
Date 2013-12-31
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/7272
 
Source Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 47, No 2 (2013): Jurnal Ekonomi Malaysia; 129-135
0126-1962
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/7272/2925