Sumber Alam: Rahmat atau Sumpahan di Negara OIC dan Bukan OIC
Jurnal Ekonomi Malaysia
View Archive InfoField | Value | |
Title |
Sumber Alam: Rahmat atau Sumpahan di Negara OIC dan Bukan OIC
|
|
Creator |
A Bakar Kunchu, Jirsah
|
|
Subject |
—
— |
|
Description |
Kertas ini bertujuan mengkaji hubungan antara sumber alam, modal insan dan pertumbuhan ekonomi di negara OIC dan bukan OIC. Dalam kajian yang dipolopori oleh Sachs dan Warner (1995) mendapati pertumbuhan ekonomi tidak bergantung kepada sumber alam. Walau bagaimanapun, negara OIC menunjukkan kajian kes yang menarik di mana walaupun situasi pada tahun 1970an sehingga 1990 menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lemah namun ianya berubah pada dekad selepasnya di mana kajian ini mendapati bahawa sumber alam dan modal insan mempunyai hubungan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi. Kajian ini menyediakan analisis empirikal dari tempoh tahun 1980-2010 dengan menggunakan panel data dan dianalisis menggunakan GMM (Generalized method of moments) iaitu teknik yang belum luas digunakan dalam kajian berkaitan sumber alam. Bagi mengukur kekayaan sumber alam, kajian ini menggunakan data sewa sumber alam (resource rent) yang diambil dari World Bank dan mempunyai beberapa control variables bagi mengukur modal insan. Dapatan kajian menunjukkan kekayaan sumber alam terhadap pertumbuhan ekonomi di negara OIC dan bukan OIC adalah rahmat berbanding sumpahan sumber seperti yang didapati dalam kajian sebelum ini. Modal insan adalah faktor utama dalam menentukan “rahmat” atau “sumpahan” sesebuah negara terutamanya negara OIC yang terbuti kaya dengan sumber alam seperti minyak dan mineral. Negara OIC mula mengutamakan pelaburan pendidikan setelah sedar akan pendidikan merupakan tunjang pertumbuhan pesat ekonomi dan pembangunan negara. Katakunci: Sumber Alam, Modal Insan, Pertumbuhan Ekonomi
|
|
Publisher |
Universiti Kebangsaan Malaysia
|
|
Contributor |
—
|
|
Date |
2015-12-01
|
|
Type |
info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion Peer-reviewed Article |
|
Identifier |
http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/8069
|
|
Source |
Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 49, No 1 (2015): Jurnal Ekonomi Malaysia; 83-91
0126-1962 |
|
Language |
en
|
|