Record Details

Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal

Jurnal Ekonomi Malaysia

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal
 
Creator Ahmad, Sanep
Wahid, Hairunnizam
 
Subject


 
Description ABSTRAKIsu pembayaran zakat melalui institusi tidak formal telah banyak dibincangkan ketika ini. Amalan ini akan menimbulkan persaingan kepada institusi formal zakat untuk menarik lebih ramai pembayar zakat secara berpusat, meningkatkan jumlah kutipan dan mengagihkan zakat dengan lebih berkesan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bocoran zakat iaitu pembayaran melalui institusi tidak formal dalam sistem ekonomi. Bocoran bayaran zakat berlaku disebabkan agihanzakat dikatakan tidak memuaskan pembayar zakat serta asnaf yang terlibat dimana ketidakadilan berlaku dalam proses pengagihan tersebut. Namun sejauhmana keabsahan tanggapan tersebut belum dapat dipastikan. Sehubungan dengan itu kajian ini cuba menganalisiskesan sikap kepuasan tentang agihan terhadap kepatuhan membayar zakat serta mengenalpasti persamaan, perbezaan dan punca mengapa berlaku perbezaan sikap kepatuhan tersebut antara negeri di Malaysia. Analisis dilakukan berdasarkan data primer seluruh negeri menggunakan kaedah diskriptif dan model logistik. Kajian ini membuktikan bahawa perspepsi tentang agihan zakat rnempengaruhi sikap kepatuhan pembayar zakat secara positif: Kajian ini juga menunjukkan bahawa sikap kepatuhan pembayar zakat terhadap institusi formal mengikut negeri adalah berbeza yang sekaligus menunjukkan bahawa setiap negeri mempunyai prestasi dan keupayaan yang berbeza dalam membantu asnaf terlibat. Implikasi penting kajian ini ialah langkahmenambahkan keyakinan masyarakat tentang prestasi institusi formal adalah penting untuk menjayakan fungsi institusi tersebut sebagai badan penjamin keadilan sosial.Kata kunci: Persepsi agihan zakat, institusi formal, model logistikABSTRACTDirect zakat payment to the asnaf has been widely discussed. It causes leakages and raise the issue of disobedient to the formal institution. The occurance of this tendency is said to be due to the existence of negative perception and dissatisfaction towards formal institution especially over the case of zakat distribution. Hence, the truth of this perception has to be proven and thus this study analizes the effect of satisfaction on zakah compliant. The study also examines similarities and differences of zakah compliant between states in Malaysia. Primer data is used and be analyzed by using descriptive and logistic model. The study found that satisfaction on zakah distribution is positively correlated to the zakat compliantbehaviour. The study also found that zakah compliant between states are varies, implying that states possess different capabilities and performance in zakat rnanagement. Prime implication of this study is thatin order to raise zakah compliant towards formal institution, effort for abolishing negative perception towards formal institution should be the prime agenda of Pusat Zakat.
 
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Contributor
 
Date 2012-12-06
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article

 
Identifier http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/1635
 
Source Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 39 (2005): Jurnal Ekonomi Malaysia
0126-1962
 
Language en
 
Coverage