Record Details

Profil Jenayah Banduan Wanita di Malaysia: Satu Kajian Kualitatif (Criminal Profile of Female Prisoners in Malaysia: A Qualitative Study)

Akademika

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Profil Jenayah Banduan Wanita di Malaysia: Satu Kajian Kualitatif (Criminal Profile of Female Prisoners in Malaysia: A Qualitative Study)
 
Creator Mohd Nor, Siti Nurkhairina
Kamaluddin, Mohammad Rahim
Wan Sulaiman, Wan Shahrazad
 
Subject Social Sciences; Criminology; Profiling
 
Description Walaupun perlakuan jenayah kebiasaannya sering menjadi simbol yang dikaitkan dengan golongan lelaki, namun golongan wanita juga tidak terkecuali dalam penglibatan mereka sebagai pelaku jenayah. Jenayah yang dilakukan oleh mereka tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, malah hari demi hari, jenayah yang dilakukan dilihat semakin serius, agresif dan ekstrem. Kajian ini bertujuan untuk meneroka profil jenayah banduan wanita di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara bersemuka, kajian ini dijalankan di dua buah penjara di Semenanjung Malaysia dalam kalangan 21 banduan wanita berwarganegara Malaysia yang melakukan pelbagai jenis jenayah. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk jenis kualitatif yang menggunakan pendekatan falsafah fenomenologi transedental. Satu protokol temu bual yang mengandungi soalan semi struktur dibangunkan sebagai instrumen untuk mengumpul data kualitatif daripada peserta kajian. Data kualitatif ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Interpretative Phenomenological Analysis (IPA). Hasil dapatan kajian menunjukkan banduan wanita terlibat dalam empat jenis jenayah dan merupakan jenayah kali pertama. Terdapat motif jenayah yang berbeza dan jenayah dilakukan di lokasi yang tertutup. Sesuatu objek sebagai senjata hanya digunakan di dalam jenayah kekerasan. Selain itu, jenayah yang dilakukan merupakan jenayah bukan perseorangan. Dapatan kajian ini dibincangkan dalam konteks jenayah, kriminologi dan juga psikologi tingkah laku. Diharapkan bahawa hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pihak berkuasa dalam menyelesaikan jenayah-jenayah yang melibatkan wanita sebagai pelaku. Kata kunci: Banduan wanita; jenayah; profil jenayah; tingkah laku jenayah; wanita Abstract Although criminal act is often a symbol associated with men, women are also no exception in their involvement as criminal offenders. Crimes committed by them are not limited to small-scale crime, but day by day, the crime is seen as serious, aggressive and extreme. The present study aimed to explore the criminal profile of female prisoners in Malaysia. Using a qualitative method through face-to-face interviews, the study was done in two prisons in Peninsular Malaysia among 21 Malaysian female prisoners who committed various types of crime. The study has used a qualitative type of design that used a transcendental phenomenology philosophical approach. An interview protocol consisting semi-structured questions was developed as an instrument to collect qualitative data from research participants. These qualitative data were analysed using Interpretative Phenomenological Analysis (IPA). The results showed that female prisoners were involved in four types of crimes and it was their first criminal offense. There were different criminal motives and crime was committed in a closed location. An object as a weapon was only used in violent crimes. In addition, the crime committed was not done individually. The findings of this study are discussed in the context of crime, criminology and behavioural psychology. It is hoped that the results of this study can be used as a reference material for authorities in resolving crimes involving women as perpetrators. Keywords: Female prisoners; females; crime; criminal profile; criminal behaviour
 
Publisher UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
Contributor
 
Date 2019-07-31
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/25032
 
Source Akademika; Vol 89, No 2 (2019): Akademika 89
0126-8694
0126-5008
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/25032/9680
 
Rights Copyright (c) 2019 Akademika