Record Details

Pengiklanan Yuran Guaman oleh Peguam: Persepsi Awam dan Peguam

Asian Journal of Accounting and Governance

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Pengiklanan Yuran Guaman oleh Peguam: Persepsi Awam dan Peguam
 
Creator Mohamed On, Harlina
 
Subject Pengiklanan; perkhidmatan peguam; yuran guaman
 
Description Pengiklanan oleh peguam dikawal oleh Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 dan keputusan-keputusan Majlis Peguam yang berkaitan.  Walaupun kaedah dan keputusan ini membenarkan peguam untuk mengiklankan amalannya dalam pelbagai cara dan medium, tetapi hanya ‘maklumat yang diluluskan’ boleh diiklankan.  Namun, sebahagian besar daripada ‘maklumat yang diluluskan’ ini terbatas kepada biodata peguam serta butiran mengenai firma dan rakan kongsi peguam.  Maklumat yang lebih penting untuk diketahui awam dan yang boleh membantu mereka untuk membanding serta memilih perkhidmatan peguam yang menepati keperluan mereka, tidak boleh diiklankan.  Salah satunya ialah maklumat mengenai yuran guaman yang dikenakan oleh peguam.  Makalah ini membincangkan tentang sekatan untuk mengiklan yuran guaman seperti yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia dan membandingkannya dengan peraturan yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.  Soal selidik untuk meninjau persepsi awam dan peguam berhubung isu ini turut diedarkan dan dapatannya dipersembahkan secara deskriptif.  Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pihak awam mempunyai persepsi bahawa maklumat mengenai yuran guaman adalah maklumat yang sesuai diiklankan.  Namun, pihak peguam mempunyai persepsi sebaliknya.  Akhir sekali, penulis menyaran beberapa penambahbaikan terhadap kaedah sedia ada, bagi memenuhi keperluan semasa. 
 
Publisher Penerbit UKM
 
Contributor
 
Date 2019-11-05
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/ajac/article/view/35882
 
Source Asian Journal of Accounting and Governance; Vol 12 (2019): Asian Journal of Accounting and Governance
2180-3838
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/ajac/article/view/35882/9932
 
Rights Copyright (c) 2019 Asian Journal of Accounting and Governance