Record Details

Tadbir Urus Baik dan Peranan Amalan Perakaunan Pengurusan: Tinjauan di Organisasi Pelancongan Negara

Asian Journal of Accounting and Governance

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Tadbir Urus Baik dan Peranan Amalan Perakaunan Pengurusan: Tinjauan di Organisasi Pelancongan Negara
 
Creator Aziz, Siti Zurina
Mohd Amir, Amizawati
Md Auzair, Sofiah
 
Subject Tadbir urus baik; amalan perakaunan pengurusan; pelancongan; sektor awam; Malaysia
 
Description Setiap organisasi berfungsi dalam suatu rangka tadbir urus. Sebahagian daripada rangka kerja ini ditentukan oleh faktor luaran, namun beberapa aspek tadbir urus juga ditentukan oleh keperluan sistem yang berkesan untuk menguruskan aspek-aspek dalaman organisasi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengekplorasi mengenai prinsip tadbir urus baik di organisasi pelancongan negara (OPN), sebuah badan berkanun yang menjadi penaraju sektor pelancongan negara. Kajian ini turut melihat perkaitan antara  amalan perakaunan pengurusan dengan tadbir urus baik. Data untuk kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada 70 buah pusat tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai pengurusan dan kawalan sumber. Kadar respon adalah sebanyak 90% atau sebanyak 63 soal selidik telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor penglibatan, pematuhan undang-undang, ketelusan, responsif, berorientasi kesepakatan, ekuiti, kecekapan dan keberkesanan, akauntabiliti dan visi strategik diterima dan dipersetujui sebagai aspek tadbir urus baik dan amalannya telah meningkat secara signifikan disebabkan keberkesanan penggunaan amalan perakaunan pengurusan. Ini menunjukkan bahawa amalan perakaunan pengurusan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tadbir urus baik. Kajian ini memberi sumbangan dari segi mempromosikan pencapaian tadbir urus baik bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan sumber terutamanya Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBBP). Seterusnya penemuan  ini diharap dapat menyumbang kepada memperkasakan penggunaan amalan perakaunan pengurusan bagi mencapai satu kombinasi tadbir urus baik dalam sistem pentadbiran awam. 
 
Publisher Penerbit UKM
 
Contributor
 
Date 2019-04-30
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/ajac/article/view/30229
 
Source Asian Journal of Accounting and Governance; Vol 11 (2019)
2180-3838
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/ajac/article/view/30229/9282
 
Rights Copyright (c) 2019 Asian Journal of Accounting and Governance