Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu (Herbal Remedies in the Malay Tib)
Akademika
View Archive InfoField | Value | |
Title |
Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu (Herbal Remedies in the Malay Tib)
|
|
Creator |
Abd Aziz, Siti Fatimah
Yunos, Yusmilayati |
|
Subject |
—
|
|
Description |
Manuskrip ilmu perubatan tradisional Melayu merupakan sumber peribumi yang penting untuk mengungkapkan ketinggian pengetahuan orang Melayu tentang pelbagai jenis bidang ilmu. Masyarakat Melayu mempunyai amalan-amalan tradisi berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Pengetahuan dan pengalaman mengenainya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain, sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Pada dasarnya tumbuh-tumbuhan herba menjadi sumber utama dalam sistem perubatan tradisional kerana berpotensi dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit tertentu. Oleh itu, antara tujuan penulisan ini adalah untuk mengenal pasti jenis herba yang dinyatakan dalam Kitab Tib MS 174 yang mencerminkan kearifan masyarakat Melayu. Seterusnya menjelaskan khasiat dan beberapa kaedah penggunaan herba dalam merawat penyakit yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Penulisan ini menggunakan kaedah filologi yang melibatkan proses transliterasi teks daripada tulisan Jawi ke tulisan rumi. Seterusnya analisis kandungan teks dilakukan bagi melihat beberapa jenis herba, khasiat dan kaedah rawatan penyakit. Dapatan penulisan ini menunjukkan antara herba yang digunakan untuk merawat penyakit termasuklah akar jarak, akar teratai, daun sambung nyawa, bawang putih dan lada hitam. Herba-herba ini digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit mata, sakit gigi, sakit mulut, mulut busuk, kencing tidak lawas, sakit bisa dan racun, miang dan demam. Kitab Tib MS 174 dapat memberi sumbangan ilmu pengetahuan kepada bidang Tib Melayu. Selain itu, penulisan ini juga dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang keistimewaan dan khasiat herba yang menjadi bahan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit. Kata kunci: herba; Kitab Tib MS 174; penawar; perubatan tradisional Melayu; tumbuhan Abstract Manuscripts of traditional Malay medicine are an important source of indigenous peoples to express the height of Malay knowledge about the various fields of knowledge. The Malay community has traditionally related medical and health practices. Knowledge and experience from one generation to another, either through writing or oral. Basically, herbal plants are a major source of traditional medicine systems because of the potential for a cure for curing certain diseases. Hence, the purpose of this writing is to identify the type of herbs described in Malay Tib of MS 174 which reflects the wisdom of the Malay community. It further explains the efficacy and uses of herbs in treating diseases practiced by the Malay community. This writing uses a phonological method involving text transliteration process from Jawi script to roman writing. Furthermore, analysis of textual content is done to see some types of herbs, nourishment and disease treatment methods. The findings show that among herbs used to treat diseases include the roots, the lotus roots, the leaves of life, the garlic and the black pepper. These herbs are used to treat headaches, sore eyes, toothache, mouth ulcers, foul mouth, old urine, pain and poison, mesothelioma and fever. Kitab Tib MS 174 is able to contribute knowledge to Malay Tib. In addition, this writing can also inform the public about the benefits and benefits of herbs that are the treatment of various types of diseases.Keywords: herbs; Kitab Tib MS 174; bidder; traditional Malay medicine; plants
|
|
Publisher |
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
|
|
Contributor |
—
|
|
Date |
2019-04-30
|
|
Type |
info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion — |
|
Format |
application/pdf
|
|
Identifier |
http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/31304
|
|
Source |
Akademika; Vol 89, No 1 (2019): Akademika (Special Issue) 2019
0126-8694 0126-5008 |
|
Language |
eng
|
|
Relation |
http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/31304/9251
|
|
Rights |
Copyright (c) 2019 Akademika
|
|