Record Details

Aspek Kesejajaran dalam Perbilangan Adat berdasarkan Analisis Stilistik (A Stylistic Analysis of Parallelism in Customary Sayings)

Akademika

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Aspek Kesejajaran dalam Perbilangan Adat berdasarkan Analisis Stilistik (A Stylistic Analysis of Parallelism in Customary Sayings)
 
Creator Jaafar, Mohammad Fadzeli
Aman, Idris
Mat Awal, Norsimah
 
Subject Linguistics
 
Description Perbilangan adat ialah kalimat berangkap yang disampaikan dalam bentuk puisi.  Sejauh ini telah banyak kajian yang dilakukan tentang perbilangan adat, misalnya dari aspek kesusasteraan dan kebahasaan.  Bagaimanapun, kajian awal ini lebih tertumpu pada pengkategorian perbilangan adat, iaitu teromba atau gurindam.  Kajian kebahasaan pula hanya memberi perhatian pada aspek gaya bahasa dan kesantunan.  Hooykaas dalam kajiannya pernah merumuskan bahawa salah satu aspek yang penting dalam perbilangan ialah kewujudan unsur perulangan dan kesejajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola dan makna kesejajaran dalam perbilangan.  Peraturan kesejajaran yang dikemukakan oleh Short telah diaplikasi.  Kajian ini akan menggunakan kumpulan perbilangan adat yang disebut sebagai Jelebu Customary Songs and Sayings, yang diterbitkan oleh Straits Branch of the Royal Asiatic Society pada tahun 1918 dan 1965.  Data kajian ini dianalisis berdasarkan tema atau domain, misalnya domain perkahwinan dan jenayah.  Hasil kajian menunjukkan bahawa kesejajaran dalam perbilangan adat hanya ditemui dalam rangkap.  Pola kesejajaran dalam perbilangan menggunakan struktur perulangan dan kesejajaran.  Dari segi hubungan makna pula, kesejajaran dalam perbilangan adat memperlihatkan hubungan sinonim dan antitetik, iaitu unsur kesejajaran mempunyai makna leksikal yang sama atau kontras.  Ditemui juga bahawa perbilangan cenderung menggunakan leksikal berunsur alam dan kata-kata adat sebagai unsur kesejajaran.  Kajian ini telah menyumbang dari aspek bentuk dan makna kesejajaran dalam perbilangan adat, dan hubungannya dengan sistem Adat Perpatih.Kata kunci: Perbilangan adat; perulangan; kesejajaran sinonim; kesejajaran       antitetik; Adat PerpatihAbstractCustomary sayings are verses presented in poetry form. There have been countless researches conducted on customary sayings from literary and language perspectives. Those earlier studies for example literary studies on the one hand, tend to focus on the categorization of the customary sayings into teromba or gurindam. Language studies on the other hand, tend to focus on language styles and politeness. Based on his study, Hooykaas concluded that one of the important aspects in sayings is the presence of repetition and parallelism. This study aims to identify the patterns and meanings of parallelism in sayings. Short’s guidelines on parallelism was adopted. This study uses a compilation of customary sayings known as Jelebu Customary Songs and Sayings that was published by Straits Branch of the Royal Asiatic Society in 1918 and 1965. Data were analyzed by theme or domain, such as marriage and the law. Findings from the study show that parallelism in customary sayings are found in the verses only. The parallelism patterns in the sayings display repetition and parallelism structures. In terms of meaning, parallelism in customary sayings exhibits a relationship between synonyms and antithetic because the lexical meaning in parallelism is either similar or contradictory. In addition, it was also discovered that words used in the sayings are words that relate to the universe and words on customs to build the parallel structure. This study has contributed information on forms and meaning of parallelism in customary sayings and its tie to the Adat Perpatih.  Keywords: Customary sayings; repetition; synonym parallelism; antithetic         parallelism; Adat Perpatih
 
Publisher UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
Contributor
 
Date 2017-05-02
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/13904
 
Source Akademika; Vol 87, No 1 (2017): Akademika 87
0126-8694
0126-5008
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/13904/5671
http://ejournal.ukm.my/akademika/article/downloadSuppFile/13904/6264
 
Rights Copyright (c) 2017 Akademika