Record Details

Penglibatan Komuniti dalam Program Pembangunan Luar Bandar: Kajian Kes di Pusat Pertumbuhan Desa Gedong, Sarawak (Community Participation in Rural Development Program: A Case)

Akademika

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Penglibatan Komuniti dalam Program Pembangunan Luar Bandar: Kajian Kes di Pusat Pertumbuhan Desa Gedong, Sarawak (Community Participation in Rural Development Program: A Case)
 
Creator Hashim (Universiti Malaysia Sarawak, hahaslina@fss.unimas.my), Haslina
Abdullah, Regina Garai
 
Subject
 
Description This article discusses the issues of community participation with special reference to the Rural Growth Centre (RGC) programme in Sarawak. The RGC is aimed at creating growth centres which are self-sufficient and equipped with the infrastructure, economic, service centre and human capital components. The establishment of an RGC involves large financial obligation and local community participation is essential in ensuring its success. Hence, this article examines the community perceptions regarding their participations in RGC development, specifically looking at RGC Gedong, one of the earliest RGCs established in Sarawak, as the case study area. The article also looks at the extent to which the community participates in the implementations of RGC Gedong and its impacts in terms of improving the community’s quality of life. In addition, community participations are discussed using Pretty’s typology of participation and Arnstein’s Ladder of Participation Model. It is found that the level of community participation in RGC Gedong is very low and it is categorised as passive participation (Pretty’s Typology) and participation as therapy (Arnstein’s Model), despite the fact that it should have been classified as partnership participation. This discrepancy exists due to lack of transparency in decision making, lack of information given to the community as well as the lack of control (or power) on the part of the community in the decision making process. All these have resulted in the lack of active community participations, which actually hinder the development of RGC Gedong. It can be considered as a failed initiative as it did not achieve all its goals and one of the contributing factors is the failure to involve the community in the development process.Keywords: Rural development, rural growth centre, community participation, regional disparities, rural povertyABSTRAKMakalah ini membincangkan isu penglibatan komuniti dengan memfokus kepada penglibatan komuniti dalam pelaksanaan program Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) di Sarawak. PPD merupakan strategi pembangunan luar bandar yang bertujuan mewujudkan sebuah petempatan desa mapan yang dilengkapi dengan komponen-komponen infrastruktur, ekonomi, pusat perkhidmatan dan pembangunan manusia. Program ini melibatkan peruntukan dana yang besar dan kejayaannya juga bergantung pada input komuniti setempat. Oleh itu, makalah ini akan mengupas persepsi komuniti terhadap penglibatan mereka, dengan mengambil PPD Gedong, salah satu PPD terawal di Sarawak, sebagai kajian kes. Kajian ini juga melihat sejauhmanakah penglibatan komuniti dilaksanakan di PPD Gedong dan kesan- kesannya terhadap kualiti hidup komuniti tersebut. Perbincangan mengenai tahap penglibatan komuniti pula dibuat berdasarkan tipologi penglibatan yang diutarakan oleh Pretty dan model penglibatan yang diperkenalkan oleh Arnstein. Kajian mendapati tahap penglibatan komuniti di PPD Gedong adalah amat rendah. Penglibatan tersebut boleh dikategorikan sebagai penglibatan pasif (tipologi Pretty) dan penglibatan secara terapi (model Arnstein), walaupun secara teorinya penglibatan yang dibayangkan melalui projek pembangunan di PPD Gedong adalah penglibatan secara usaha sama (tahap ke-6 dalam model Arnstein). Perbezaan ini terjadi berikutan wujudnya faktor kekurangan maklumat yang disalurkan kepada komuniti, komuniti tidak terlibat dalam proses membuat keputusan dan juga faktor ketelusan dalam membuat keputusan. Faktor-faktor ini mengakibatkan komuniti tidak terlibat secara aktif dalam pembangunan di kawasan PPD Gedong, yang akhirnya mengganggu perkembangan di PPD tersebut. PPD Gedong dianggap sebagai satu inisiatif yang gagal memandangkan PPD itu tidak mencapai kesemua matlamat penubuhannya. Kajian ini mendapati kegagalan pihak pelaksana dalam melibatkan komuniti dalam proses pembangunan merupakan salah satu punca kegagalan PPD Gedong.Kata kunci: Pembangunan luar bandar, pusat pertumbuhan desa, penglibatan komuniti, ketidakseimbangan wilayah, kemiskinan luar bandar
 
Publisher UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
Contributor
 
Date 2012-05-02
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion

 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/547
 
Source Akademika; Vol 77, No 1 (2009): AKADEMIKA 77
0126-8694
0126-5008
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/547/508