Kesanggupan untuk Membayar Bagi Memperbaik Taraf Perkhidmatan Air di Kuala Terengganu : Dari Perspektif Pengguna Domestik
Jurnal Ekonomi Malaysia
View Archive InfoField | Value | |
Title |
Kesanggupan untuk Membayar Bagi Memperbaik Taraf Perkhidmatan Air di Kuala Terengganu : Dari Perspektif Pengguna Domestik
|
|
Creator |
Kamaludin, Mahirah
|
|
Subject |
Kesanggupan untuk membayar, Kaedah Penilaian Kontinjen (CVM), Logit Model, Perkhidmatan bekalan Air, Terengganu
(Q5;Q2;Q00) |
|
Description |
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesanggupan membayar ‘willingness to pay’ (WTP) bagi pengguna domestik di daerah Kuala Terengganu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan air di masa hadapan. Industri air sering melibatkan perbahasan yang panjang sejak perkhidmatan air mengancam rutin harian para pengguna seperti gangguan bekalan air, kebocoran paip, masalah tekanan air, air yang berbau dan keruh serta banyak lagi. Perkhidmatan air perlu diuruskan secara berkesan berdasarkan penetapan harga air yang cekap memandangkan sebarang peningkatan dalam perkhidmatan air akan melibatkan kos operasi yang sangat tinggi. Kaedah Penilaian Kontinjen (CVM) telah digunakan dalam menentukan kesanggupan membayar para pengguna terhadap harga baru air yang ditawarkan dan seramai 400 orang pengguna di daerah Kuala Terengganu telah terlibat dalam kajian ini. Logit Model telah digunakan dalam penganalisis data yang diperoleh dari temu ramah yang dijalankan. Keputusan menunjukkan bahawa hanya harga tawaran air yang baru dan pendapatan isi rumah memaparkan hubungan yang signifikan terhadap kesanggupan untuk membayar para pengguna di daerah tersebut. Purata kesanggupan membayar bagi harga air yang baru adalah sebanyak RM 0.60 pada 30m3 yang pertama dan harga baru tersebut adalah lebih tinggi dari harga air semasa. Harga air yang baru boleh disyorkan untuk memperbaik taraf dan membangunkan perkhidmatan kepada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang dalam memenuhi keperluan pengguna yang sering bertambah setiap tahun.
|
|
Publisher |
Universiti Kebangsaan Malaysia
|
|
Contributor |
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kod penyelidikan “FRGS2014-59348”
|
|
Date |
2017-08-15
|
|
Type |
info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion Peer-reviewed Article |
|
Identifier |
http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/11543
|
|
Source |
Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 51, No 1 (2017): Jurnal Ekonomi Malaysia; 107-118
0126-1962 |
|
Language |
ms
|
|
Rights |
Copyright (c) 2017 Jurnal Ekonomi Malaysia
|
|