Record Details

Impak Globalisasi terhadap Produktiviti Buruh Sektor Perkhidmatan di Malaysia

Jurnal Ekonomi Malaysia

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Impak Globalisasi terhadap Produktiviti Buruh Sektor Perkhidmatan di Malaysia
 
Creator Sulaiman, Noorasiah
 
Subject Globalisasi, produktiviti buruh, sektor perkhidmatan, analisis data panel
Globalization; productivity; services sector
 
Description Globalisasi membawa pelbagai kesan yang menjadi cabaran utama kepada Malaysia dalam meningkatkan produktiviti sebagai pengukur bagi daya saing. Atas justifikasi tersebut, kajian ini bertujuan mengkaji impak globalisasi ke atas tingkat produktiviti buruh sektor perkhidmatan sejak bermulanya alaf baru pada tahun 2000. Oleh itu, data kajian meliputi tempoh dari tahun 2000 hingga 2010. Menggunakan indikator globalisasi terdiri daripada pelaburan langsung asing, intensiti modal, teknologi, tahap keterbukaan ekonomi dan buruh asing, kesan globalisasi di analisis menggunakan analisis panel data statik dan dinamik. Hasil kajian menunjukkan analisis panel data statik sungguhpun berupaya menganalisis kesan setiap pemboleh ubah bebas ke atas tingkat produktiviti sektor perkhidmatan, namun mempunyai limitasi. Bagi analisis model dinamik, dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah pelaburan langsung asing, intensiti modal, teknologi dan buruh asing adalah signifikan dan mempunyai hubungan positif dengan tingkat produktiviti bagi jangka panjang. Sebaliknya, teknologi dan buruh asing merekodkan hubungan negatif terhadap tingkat produktiviti bagi jangka pendek. Kesimpulannya, impak globalisasi terhadap tingkat produktiviti buruh sektor perkhidmatan menunjukkan pengaruh yang signifikan bagi tempoh jangka panjang berbanding jangka pendek.
 
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Contributor UKM-AP-CMNB-20-2009/4. Arus Perdana Research Grant
 
Date 2017-01-25
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/9532
 
Source Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 50, No 2 (2016): Jurnal Ekonomi Malaysia; 71-81
0126-1962
 
Language ms
 
Rights Copyright (c) 2017 Jurnal Ekonomi Malaysia