Paradigma Baru dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Syarikat Milik Kerajaan (New Paradigms of Corporate Social Responsibilities for Government)
Akademika
View Archive InfoField | Value | |
Title |
Paradigma Baru dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Syarikat Milik Kerajaan (New Paradigms of Corporate Social Responsibilities for Government)
|
|
Creator |
ISHAK (Universiti Kebangsaan Malaysia, suraiya@ukm.my), SURAIYA
CHE OMAR (Universiti Kebangsaan Malaysia, raflis@ukm.my), AHMAD RAFLIS |
|
Subject |
—
|
|
Description |
The involvement of government-linked companies (GLCs) in social responsibilities is difficult to discern. Profit objectives have restricted business entities from undertaking socially responsible actions particularly those that would increase costs. However, GLCs are nonetheless expected to give due attention to non-profitable motives and actions. Thus, this article seeks to identify a new perspective to social responsibility for GLCs within the context of a pluralistic society with multiple roles. It aims to propose an alternative model that could align behaviors of GLCs with profit objectives without neglecting their capacity to contribute to socio-political missions. This conceptual discussion highlights a new paradigm of social responsibilities for GLCs that differs from its previous understanding and practices. Further, it illustrates an operational paradigm through the example of Perbadanan Johor's intrapreneur venture program. Corporate Social Responsibility (CSR) involvement need not necessarily occur in unproductive ways; for example, the intrapreneur venture program has enabled GLCs to participate in the high-value CSR without sacrificing their profit and efficiency motive. Thus, participation in a high value CSR could create a win-win benefit to both company and society.Keywords: Government-linked companies, entrepreneurship, intrapreneur, corporate social responsibility, government- linked companies performanceABSTRAKPembabitan syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dalam tanggungjawab sosial adalah satu isu yang sukar dipastikan sempadannya. Matlamat untung tidak membenarkan perlakuan-perlakuan yang meningkatkan kos dan tidak menghasilkan nilai di kalangan entiti perniagaan. Walau bagaimanapun, syarikat milik kerajaan turut dikaitkan dengan keperluan untuk memberi tumpuan kepada motif-motif bukan-untung. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti perspektif baru tanggungjawab sosial bagi entiti bisnes yang dimiliki oleh pihak kerajaan (SBK) dalam kerangka masyarakat pluralistik yang berbilang peranan. Pemikiran ini bertujuan mengemukakan satu model alternatif yang dapat menjajarkan perlakuan SBK kepada matlamat untung tanpa menjejaskan keperluan menyumbang kepada matlamat sosiopolitik. Perbincangan konseptual ini mahu menonjolkan pemikiran baru tentang tanggungjawab sosial bagi entiti SBK secara berbeza daripada kebiasaan yang difahami dan diamalkan. Di samping itu, satu contoh operasi paradigm turut dibincangkan dengan menghurai program intrapreneur yang diamalkan Perbadanan Johor. Pembabitan korporat dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) tidak semestinya bermaksud berlaku dalam bentuk tidak produktif dan tidak komersil, sebaliknya konsep seperti `intrapreneur venture ́ telah membolehkan SBK terlibat dalam model CSR bernilai tinggi dengan tidak mengabaikan motif untung dan kecekapan entiti. Sehubungan itu, pembabitan CSR bernilai tinggi dapat memberi faedah secara menang-menang kepada syarikat dan masyarakat.Kata kunci: Syarikat berkaitan kerajaan, keusahawanan, intrapreneur, tanggungjawab sosial korporat, prestasi syarikat kerajaan
|
|
Publisher |
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
|
|
Contributor |
—
|
|
Date |
2012-05-02
|
|
Type |
info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion — |
|
Format |
application/pdf
|
|
Identifier |
http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/485
|
|
Source |
Akademika; Vol 81, No 3 (2011): AKADEMIKA 81
0126-8694 0126-5008 |
|
Language |
eng
|
|
Relation |
http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/485/4134
|
|