ANALISIS KEMUDAHTERANCAMAN PERTANIAN PADI DI KAWASAN PEMBANGUNAN BERSEPADU TERENGGANU UTARA, MALAYSIA
Jurnal Ekonomi Malaysia
View Archive InfoField | Value | |
Title |
ANALISIS KEMUDAHTERANCAMAN PERTANIAN PADI DI KAWASAN PEMBANGUNAN BERSEPADU TERENGGANU UTARA, MALAYSIA
|
|
Creator |
Yasar, Muhammad
Siwar, Chamhuri Ghazali, Rospidah |
|
Subject |
Kemudanterancaman, pertanian padi, model persamaan berstruktur
Q180 Agricultural Policy; Food Policy |
|
Description |
Salah satu faktor yang menjadi cabaran dalam pembangunan sektor pertanian padi adalah tingginya tingkat kemudahterancaman sektor ini sama ada dari segi ekonomi, ekologi mauhupun sosial. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model kemudahterancaman pertanian padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) Malaysia. Faktor kemudahterancaman ditentukan berdasarkan tiga konstruk iaitu: Perubahan Iklim (PIK), Perubahan Ekonomi (PEK) dan Perubahan Sosial (PSO). Kajian melibatkan 350 orang responden yang ditentukan secara persampelan rawak berstrata.. Data yang diperolehi melalui temu bual berstruktur menggunakan soal selidik ini dianalisis menurut kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan menggunakan perisian SPSS 21 dan AMOS 18. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan iklim memberikan kesan negatif terhadap petani padi manakala perubahan ekonomi dan sosial memberikan kesan yang positif. Hal ini memberi erti bahawa semakin besar perubahan iklim maka kemudahterancaman semakin tinggi akibat semakin kecilnya minat petani untuk menanam padi. Sedangkan semakin besar perubahan ekonomi dan sosial maka kemudahterancaman semakin kecil akibat semakin besarnya minat petani untuk menanam padi. Kesan perubahan iklim dipengaruhi oleh tiga indikator yang menjejaskan petani padi iaitu suhu yang dirasakan semakin panas (PIK2), serangan penyakit dan perosak tanaman padi yang semakin meningkat (PIK6), serta kerapnya berlaku banjir di musim hujan (PIK3). Kesan perubahan ekonomi dipengaruhi oleh empat indikator iaitu kos input (PEK1), akses modal (PEK3), dasar/strategi pemasaran (PEK5) dan pembayaran pinjaman (PEK6). Sedangkan kesan perubahan sosial dipengaruhi oleh lima indikator iaitu: pengetahuan petani (PSO2), kerjasama jiran (PSO3), akses pendidikan (PSO4), akses kesihatan (PSO6), dan diskriminasi sosial (PSO7). Dengan demikian diperlukan usaha yang strategik bagi mengurangkan kesan PIK dan meningkatkan kesan PEK dan PSO sehingga matlamat kelestarian pertanian padi dapat tercapai.
|
|
Publisher |
Universiti Kebangsaan Malaysia
|
|
Contributor |
Lestari UKM
|
|
Date |
2017-01-25
|
|
Type |
info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion Peer-reviewed Article |
|
Identifier |
http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/9121
|
|
Source |
Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 50, No 2 (2016): Jurnal Ekonomi Malaysia; 39-47
0126-1962 |
|
Language |
ms
|
|
Relation |
http://ejournal.ukm.my/jem/article/downloadSuppFile/9121/3887
|
|
Rights |
Copyright (c) 2017 Jurnal Ekonomi Malaysia
|
|