PENGASINGAN PEKERJAAN DAN PERBEZAAN UPAH JANTINA DI MALAYSIA
Jurnal Ekonomi Malaysia
View Archive InfoField | Value | |
Title |
PENGASINGAN PEKERJAAN DAN PERBEZAAN UPAH JANTINA DI MALAYSIA
|
|
Creator |
Zainol Abidin, Noorazeela
Ismail, Rahmah Sulaiman, Noorasiah |
|
Subject |
—
J |
|
Description |
Artikel ini bertujuan menganalisis perbezaan upah jantina di Malaysia berdasarkan data soal selidik yang dikutip melalui kerja lapangan pada tahun 2012 di lima buah negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Terengganu. Sejumlah 1,274 responden, iaitu ketua isi rumah telah dipilih dalam kajian ini. Secara lebih spesifik, kajian ini memfokus kepada perbezaan upah jantina mengikut kategori pekerjaan, iaitu pekerja mahir, pekerja separa mahir dan pekerja tidak mahir. Hasil kajian mendapati 25.38 peratus perbezaan upah jantina dapat dijelaskan oleh pemboleh ubah di dalam model dan sebanyak 56.69 peratus tidak dapat dijelaskan dalam pekerjaan yang sama. Sementara analisis antara pekerjaan menunjukkan sebanyak -37.07 peratus sumbangan pemboleh ubah yang dapat dijelaskan dan 10.69 peratus bagi pemboleh ubah yang tidak dapat dijelaskan. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapat sebanyak -11.69 peratus sumbangan pemboleh ubah yang dapat dijelaskan dan sebanyak 67.38 peratus sumbangan pemboleh ubah yang tidak dapat dijelaskan, Pemboleh ubah yang tidak dapat dijelaskan dikaitkan dnegan diskriminasi majikan. Nilai nilai bias pula merangkumi 44.31 peratus daripada perbezaan upah jantina. Kata kunci: Perbezaan upah jantina, pekerja mahir, pekerja separuh mahir, pekerja tidak mahir, diskriminasi majikan
|
|
Publisher |
Universiti Kebangsaan Malaysia
|
|
Contributor |
RAHMAH ISMAIL,Universiti Kebangsaan Malaysia
NOORASIAH SULAIMAN, Universiti Kebangsaan Malaysia |
|
Date |
2016-06-01
|
|
Type |
info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion Peer-reviewed Article |
|
Format |
application/pdf
|
|
Identifier |
http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/9323
|
|
Source |
Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 50, No 1 (2016): Jurnal Ekonomi Malaysia; 53-65
0126-1962 |
|
Language |
eng
|
|
Relation |
http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/9323/4743
|
|