Record Details

Impak Latihan terhadap Perbezaan Upah antara Bandar Terpilih di Malaysia

Jurnal Ekonomi Malaysia

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Impak Latihan terhadap Perbezaan Upah antara Bandar Terpilih di Malaysia
 
Creator Ismail, Rahmah
Mohd noor, Zulridah
Ismail, Noris Fatilla
 
Subject


 
Description ABSTRAKLatihan memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan upah pekerja. Namun demikian, ketakseimbangan mendapatkan peluang latihan dalam kalangan pekerja boleh menimbulkan masalah perbezaanupah. Peluang latihan adalah berbeza mengikut wilayah dan amat bergantung kepada tahap pembangunan sesebuah wilayah itu. Wilayah yang lebih maju, contohnya, mempunyai syarikat yang lebih besar dan peluang latihan yang lebih banyak dibandingkan dengan wilayah kurang maju. Kesan daripada keadaan ini berlakulah perbezaan upah antara wilayah mahupun antara bandar dalam wilayah yang berbeza. Kertas ini bertujuan menganalisis impak latihan terhadap tingkat dan perbezaan upah pekerja mengikut bandar-bandar terpilih di Malaysia. Bandar-bandar ini mewakili tiga wilayah yang berbeza, iaitu Lembah Klang mewakili wilayah tengah, Johor Bahru mewakili wilayah selatan dan Pulau Pinang mewakili wilayah utara. Analisis berasaskan kepada data 488 orang pekerja dalam sektor perhotelan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah dikutip pada tahun 2008/2009 melalui borang soal selidik. Dalam analisis ini program latihan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan yang bukan dikendalikan oleh PSMB. Model upah pekerja secara keseluruhan dan mengikut bandar dianggarkan bagi mengenalpasti faktor penentu tingkat upah. Selanjutnya, model penghuraian perbezaan upah multilateral digunakan dalam melihat faktor penentu perbezaan upah pekerja antara bandar-bandar berkenaan. Hasil kajian ini mendapati latihan di bawah PSMB hanya mempengaruhi tingkat dan perbezaan upah pekerja di Lembah Klang. Tetapi latihan bukan di bawah PSMB mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap upah pekerja di semua bandar. Faktor lain yang penting dalam mempengaruhi perbezaan upah antara bandar-bandar yang dipilih adalah tahun bersekolah, pengalaman kerja dan kategori pekerjaan.Kata kunci: perbezaan upah antara bandar; program latihan; upah pekerjaABSTRACTTraining plays an important role in raising workers’ productivity and wages. However, inequility in receiving training may cause workers’ wage differentials. There are differences in training opportunity between regions and they are very much dependent on the level of development of the different regions. A more developed region will attract larger companies that provide more training opportunities as compared to a less developed region. As a consequent, wage differentials prevail between regions as well as between urbans in that regions. This paper aims to analyse impact of training on workers’ level of wage and wage differentials by selected urbans in Malaysia. These urbans represent three different regions; Lembah Klang for the middle region; Johor Bahru for the south region and Pulau Pinang for the north region. Analysis is based on the data of 488 workers in the hotelling and information and communication technology (ICT) gathered in 2008/2009 using questionnaires. In this analysis, training programmes are divided into two categories; organised by the Human Resource Development Limited (HRDL) and not organised by the HRDL. The wage models are estimated using pooled sample and by urbans to identify wage determinants. Subsequently, multilateral wage differentials decomposition models are utilised to examine wage differentials for the selected urbans. Results show that HRDL training significantly affect workers’ wage level and wage differentials for Lembah Klang. However, the non-HRDL training significantly affect workers’ wages level for all selected urbans. Other variables that significantly affect urbans wage differetials are workers’ year of schooling, working experience and job categories.Keywords: urbans wage differentials; training programme; workers’ wages
 
Publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Contributor
 
Date 2012-10-24
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article

 
Format application/pdf
 
Identifier http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/1337
 
Source Jurnal Ekonomi Malaysia; Vol 45 (2011): Jurnal Ekonomi Malaysia
0126-1962
 
Language eng
 
Relation http://ejournal.ukm.my/jem/article/view/1337/1201
 
Coverage